Tempoh pinjaman:
3
minggu / 21 hari.
Untuk membuat pinjaman:
Setiap
ahli dikehendaki membawa myKad/myKid/kad Pengenalan Diri bersama mereka. Tanpa
kad tersebut, pinjaman tidak boleh dilakukan.
Jenis buku yang boleh dipinjam:
Hanya
buku-buku di bahgaian pinjaman umum sahaja yang boleh dipinjamkan kepada ahli.
Buku-buku dan bahan-bahan rujukan bertanda “R” atau “RK” atau “RLCK” berlabel
hijau, kuning, merah, dan sebagainya tidak dibenarkan untuk dipinjam.
Memperbaharui tempoh pinjaman buku:
Ahli
juga boleh memperbaharui tempoh pinjaman buku sebanyak SATU kali dengan syarat
tidak ada ahli lain yang membuat tempahan untuk membuat pinjaman.
Memperbaharui tempoh pinjaman:
Pembaharuan
pinjaman boleh dibuat sekali melalui telefon atau di kaunter perpustakaan
dengan syarat tidak lewat atau pada tarikh pemulangan buku.
Denda:
Seorang
ahli yang tidak memulangkan buku yang dipinjam lebih dari tempoh akan dikenakan
denda. Denda yang dikenakan adalah mengikut jumlah buku dan hari lewat
pemulangan (cuti umum tidak diambilkira).
Kadar denda yang akan dikenakan:
1
x Buku = RM0.10 / sehari
1 x Majalah = RM0.10 / sehari
1 x bahan media = RM0.50 / sehari.
1 x Majalah = RM0.10 / sehari
1 x bahan media = RM0.50 / sehari.
*Denda
maksima pada kadar RM10.00 dikenakan apabila tempoh lewat pemulangan pada atau
melebihi 100 hari bagi sesebuah buku / majalah / bahan media.
Gagal memulangkan pinjaman / membayar denda:
Ahli
yang tidak memulangkan buku atau ingkar untuk membayar denda akan ditahan
pinjamannya atau dibatalkan keahlian.
Tanggungjawab Peminjam:
Ahli
yang meminjam buku adalah bertanggungjawab terhadap buku yang dipinjamkan dari
koyak, kotor, rosak, conteng dan kehilangan.
Kehilangan Bahan Pinjaman:
Jika
berlaku kehilangan buku, ahli perlu melaporkan kepada kakitangan yang bertugas
dikaunter dengan segera. Denda dikenakan mengikut kadar harga buku tersebut
seperti yang diperolehi oleh perpustakaan.
Hilang & Tamat Tempoh:
Jika
berlaku kehilangan buku dan lewat pemulangan, bayaran dikenakan mengikut
kedua-duanya sekali.
Bayaran Denda:
Setiap
pembayaran denda adalah diperakukan dengan pengeluaran resit.
Batal Keahlian:
Pihak
perpustakaan berhak membatalkan keahlian seseorang ahli yang tidak mengikuti
peraturan yang telah ditetapkan.
கருத்துகள் இல்லை:
கருத்துரையிடுக