SJK T ARUMUGAM PILLAI PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 - ASPIRE TO EXCEL வெற்றிக்கு வேட்கை

PERATURAN AM



Tidak dibenarkan makan, minum, merokok, meludah, tidur dan menconteng di dalam perpustakaan.

Tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.

Tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam perpustakaan tanpa mendapat kebenaran pegawai yang bertugas.

Pengguna hendaklah membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.

Tidak dibenarkan mengubah susun atur perabut atau peralatan di perpustakaan.

Tidak dibenarkan membawa masuk beg, fail, buku, majalah, kertas nota, bahan berjilid, payung, topi keledar, pisau, gunting dan benda-benda tajam yang lain dan sebagainya. Para pengguna dikehendaki meninggalkannya ditempat simpanan yang disediakan.

Haiwan peliharaan tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke dalam perpustakaan.

Bunyi isyarat akan dibunyikan 15 minit sebelum masa tutup dan semua pengguna dikehendaki meninggalkan perpustakaan.

Jangan berebut-rebut semasa hendak masuk atau keluar dari perpustakaan.

Menempah tempat duduk tidak dibenarkan dan sebarang buku atau alat yang ditinggalkan di atas meja atau kerusi akan dipungut oleh kakitangan.

Ketika hendak meninggalkan perpustakaan, semua pengguna dikehendaki menunjukkan buku atau bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan.

Pengguna tidak dibenarkan masuk ke tempat yang dilarang atau yang bernotis “Untuk Kakitangan Sahaja”.

Tidak dibenarkan merosak alatan perpustakaan dengan cara menconteng, menggores, mengotorkan atau dengan apa cara sekalipun.

Tidak membuat bising atau mengganggu ketenteraman pengguna lain.

Sila pastikan anda mengikut sahsiah rupa diri yang ditetapkan. Guru Perpustakaan berhak menghalang anda yang tidak mematuhi etika tersebut dari masuk ke perpustakaan.

Ikutilah dan patuhi peraturan dan arahan dari masa ke semasa.


கருத்துகள் இல்லை:

கருத்துரையிடுக